(
)
[close/tutup]



DreamGirl Blog.
HOME
Profile
Affiliates
TUTOBIES
DUNIA KPOP
INFO TERBARU
JOM DOWNLOAD
INSPIRASI
NOVEL
DRAMA NOVEL
TUAN TANAH
Credits
SARANGHAE
2
♡ SARANGHAE ♡

Annyeo-hasayo ! Hi Shinee Word !thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow !
Shinee Fever ♡

♡ Tengok ni ♡




Tagboard






NUFFNANG







CHRUP-CHRUP
My Ping in TotalPing.com



Artikle Dari Blog lain




MY FRIENDS



JOM TUKAR BANNER
copy & paste kod ini




JOM KLIK SINI







NOVEL DI DRAMAKAN





















BLOG AGE
Daisypath Anniversary tickers
ENTRY KHAS BUAT GURUKU SEMPENA HARI GURU....... on Khamis, 16 Mei 2013 @ 5/16/2013 10:09:00 PG
 
    



Tadika Kie Ming Daro...

Masa ini aku sekolah tadika swasta  cina , untunglah dapat belajar bahasa cina. Seperti mana orang luar sana cakap cikgu cina ni garang sikit, ye memang aku akui itu. Setiap kali tidak mendapat sasaran exam mesti kami kena rotan tangan.Ha bermula dari itu kami takut dan belajar betul2. Tak sangka dapat jugak aku top 5 kalahkan budak cina betul. Kenangan paling best apabila aku menangis nak ikut Mak pergi kursus , menangis dalam kelas ni. Tiba-tiba cikgu cina nak menenangkan aku.. dia suruh aku duduk dengan dia kat meja guru dan beri saya sebungkus gula-gula. Terima Kasih Cikgu ! 


SK.Campuran Daro...

Terlalu banyak kenangan di sekolah rendah 6 tahunkan.  Bermula di tahun satu, cikgu paling aku rapat Ustazah Mazella. Dia selalu ajak aku tidur rumah dia.  Saat ini aku mula belajar berjauhan dari parent. Kadang-kang ada juga menangis nak balik rumah. Terima Kasih Ustazah Mazella . Terima kasih buat cikgu- cikgu lain cikguku dari tahun 1 - tahun 6, Cikgu b , Cikgu Sulaiman , Cikgu Nancy , Cikgu Khalid , Ustaz Zul , Ustaz Fairuz , Cikgu Hanim , Cikgu Zul , Cikgu Noraida , Cikgu Mariana , Cikgu Mohd Li ,Cikgu Maria, Cikgu Seliah , Cikgu Sim , Cikgu Abu Bakar dan teristimewa buat cikguku,sifuku,idolaku iaitu ayahanda Abdul Razak. *Maaf buat cikgu yang tidak kuingat tapi jasa kalian tetap ku kenang *


SMK TPDPH Normah Daro..

Sekolah yang mempunyai berjuta kenangan..  Bermula dari form 2, belajar sesi petang, form3 - form5 sesi pagi. Terlalu banyak kenangan terutama bila dalam kelas terutama, kena hukum jalan itik (gagal kimia & addmath). Seronok kena hukum beramai-ramai tapi tidak juga insaf kan.. Kenangan bila tidur rumah puan Paulinus , Masak & lepak rumah Cikgu Salamah. Cikgu paling sporting Cikgu Salamah. Dia guru kelas form4-5. Dia tahu pelajar akan mengantok masa akhir kelas, so dia bagi macam-macam makanan spt gula-gula, cokelat , ice cream untuk buat kami tidak mengantok. Tiap minggu cikgu Salmah bagi. Dalam satu minggu, ada satu kelas khas cikgu suruh kami relax baca majalah mastika (part paling kami suka ). Memang cikgu Salmah faham perasaan kami. Terima Kasih Cikgu. Buat cikgu lain Pengetua cikgu Hj. Rajae , Puan Delima , Cikgu Salmah , Cikgu Razali , Ustaz Fatim , Ustaz Bukhary, Cikgu Wahi , Cikgu Nurul Ain , Madam wong, Miss Jess dan Cikgu Nini yang ajar saya minta subjek sejarah sehingga saya dapat A (Spm, Stpm). Buat cikgu lain, maaf terlupa nama tapi jasa kalian tidak pernah terkubur dalam ingatan.


SMK Oya Dalat..

Disini bermula perasaan insaf nak belajar betul-betul. Meskipun pada mulanya tertekan dengan peraturan sekolah , tiap minggu nak balik kampung ni. Di sini juga peraturan sekolah membuat banyak pelajar berhenti ( masa ni lower 6) mungkin sebab first time masuk " asrama" kut. Tapi baru kini aku sedar rupanya disiplin itu penting untuk terus berjaya dalam hidup. Peraturan di Smk Oya memang terbaik ! Selepas berjaya dalam STPM baru aku sedar bertapa cemerlangnya Smk Oya. Aku yang dulu bebal, malas belajar kini menjadi cemerlang. Cikgu-cikgu masa form6 memang terbaik. Hanya dengan faham sahaja membuat aku terus ingat pelajaran yg dipelajari sehingga Stpm. Buat guru kelas kami Cikgu julius yang sporting, Cikgu Antony cikgu (paling lawak & open) , Cikgu Noorazam ( buat aku makin minat subjek sejarah.. Maaf cikgu selalu makan masa cikgu mengajar wlpun duduk depan dengan title pengawas. cikgu tetap terbaik dan sporting ). Cikgu is ( bantu aku berjaya dalam subjek pp walaupun mulanya tak pernah lulus, akhirnya dapat "a" ), Cikgu Mazlina , Cikgu lu wen wen ( cikgu pp 1 terbaik tidak pernah putus asa walaupun kami selalu fail, Cikgu Kertina ( Cikgu paling2 seronok ketika mengajar, selalu buat lawak, mengajar dengan penuh disiplin, tidak pernah marah, sentiasa bantu kami sehingga berjaya) , Madam Selina ( Muet teacher , maaf cikgu atas apa yg pernah kami lakukan). 



Buat warden2 Miss Lim Pey Shian , Cikgu Wong , Miss Aminah , Cikgu Angie , Cikgu Hamdani, Ustazah , Cikgu Genevie ( Cikgu paling Group Last Minute Sayang ) , dan buat ketua warden cikgu jj. Maaf atas segala sikap kami selama ini dan terima kasih cikgu !


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA INI. TIADA GURU TIADA LAH ORANG BERJAYA DI DUNIA INI. SAYANG CIKGU.............


Lagu buat cikgu



Label: